MINIT MESYUARAT PANITIA
BAHASA MELAYU SK SERI PASIR
KALI PERTAMA BAGI
TAHUN 2014
Tarikh: 27 Disember 2013
Masa: 11.00 – 12.00
tengah hari
Tempat : Bilik Guru
Kehadiran:
1.
En Mat Som B Sadono (KP)
2.
En Zulkeflee B Rahmat
3.
Tn Hj Mohd Saim B Buang
4.
En Burhan B Md Yussof
5.
En Jamal B Adenan
6.
En Ahmad Salleh B Suraimi
7.
Pn Hjh Fazidah Bt Buwang
8.
Pn Azizah Bt Osman
9.
Pn Siti Hawa Bt Ahmad
10.
Pn Noreha Bt Awi
11.
Bersama-sama hadir: En Zakariah B Bahari (GPK 1)
BIL
|
PERKARA
|
1.
|
Ucapan Pengerusi
Pengerusi mengucapkan ribuan terima
kasih kerana guru-guru dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat kali
pertama bagi sesi persekolahan tahun 2014.
|
Tindakan
Pengerusi
|
|
2.
|
Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu
En Ahmad Salleh B Suraimi mencadangkan
minit mesyuarat yang lalu disahkan. Disokong oleh En Jamal Bin Adenan dan sebulat suara.
|
Tindakan
Pn Siti Hawa Bt Ahmad
|
|
3
|
Perkara –perkara berbangkit:
3.1- Analisis keputusan UPSR 2013
3.1.1 : Pengerusi mengucapkan tahniah
atas pencapaian cemerlang Bahasa Melayu bagi UPSR 2013 iaitu bagi kertas
Pemahaman sebanyak 97%, GPMP 1.59, %A 60.6% manakala bagi kertas Penulisan
mencatatkan kelulusan 92.4% , GPMP 1.83, %A 50% iaitu peningkatan
sebanyak 14.4% berbanding tahun 2012.
3.1.2: Pihak sekolah telah berbincang
dan menganalisis bahawa bagi UPSR 2014, sasaran adalah seperti berikut:
Kertas Pemahaman sasarannya ialah 100%
menguasai, GPS 1.92 dan %A ialah sebanyak 67.80%
Kertas Penulisan pula sasarannya ialah
94.92% GPS 1.51 dan %A juga sebanyak 67.8%.
Sasaran bagi kedua-dua kertas peperiksaan
UPSR tersebut adalah berdasarkan TOV yang telah dicapai oleh 59 calon UPSR
2014, iaitu pencapaian calon-calon bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2013.
3.1.3: TOV calon-calon UPSR 2014
adalah seperti berikut. Pemahaman
94.92% menguasai GPMP 2.36, dan %A
10.17%. TOV bagi Penulisan pula 88.14% menguasai, GPMP 2.46, %A
15.25%.
Justeru itu, bagi kertas Pemahaman
memerlukan peningkatan sebanyak 5.08% menguasai untuk mencapai sasaran, dan
kertas Penulisan perlukan lagi 6.78% untuk mencapai sasaran tersebut.
3.1.4: Bagi memastikan sasaran ini
tercapai beberapa perkara berikut akan dijalankan.
-
Pengurusan
Sekolah- haruslah lebih memantau pelajar-pelajar bermasalah dari segi sahsiah dan kelakuan, kerana ini akan
mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran guru di kelas
-
Panitia
– Panitia akan menyediakan bahan-bahan soalan terkini dan meneruskan
program-program yang ternyata berkesan meningkatkan keputusan UPSR untuk
tahun 2013 yang lalu. Antara program-program tersebut ialah:
a.
Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR
(Penulisan)
b.
Program 3P
c.
Program Menyalin Karangan
d.
Zoom A
e.
Sudut Bahasa Melayu DI Dalam Kelas
f.
Penggunaan Akhbar Didik
g.
Kelas Malam
h.
Teka Silang Kata
-
Guru
– Guru akan menghadiri kursus-kursus penandaan dan pemantapan bahasa bagi
mengetahui format terbaru yang dikendaki dalam menjawab kertas penulisan.
-
Pelajar-
Pelajar yang mempunyai semangat yang negatif haruslah diberikan motivasi.
Pembangunan sahsiah penting bagi mewujudkan suasana pembelajaran dan
pengajaran yang kondusif. Ini akan dijalankan bersama dengan unit Kaunseling.
-
Ibu-bapa-Ibu
bapa harus memantau kerja rumah pelajar juga semasa pelajar menjawab Zoom A.
Tanpa pengawasan mereka, pelajar-pelajar akan melayari laman web yang tidak
berfaedah.
Tindakan
Semua Pentadbir, ibu
bapa,Guru kaunseling, guru Bahasa Melayu t |
4.
|
Perkara-perkara Yang Dibincangkan:
4.1 – Sukatan Pelajaran, Huraian
Sukatan dan Rancangan Tahunan
Ketiga-tiga bahan tersebut hendaklah
disediakan oleh semua guru mata pelajaran Bahasa Melayu termasuk Tahun 1,2,3 dan 4 yang mula menggunakan kurikulum baru KSSR.
4.2 –Pn Azizah Osman – Jumlah murid
Linus Tahun 1 bagi tahun 2013 ialah Tahun 1 yang masuk ke Tahun 2 sebanyak 9
orang pelajar. Tahun 2 yang sekarang masuk ke Tahun Tiga jumlahnya ialah
sebanyak 2 orang pelajar. Dan tahun Tiga yang masuk tahun 4 semuanya telah
melepasi sasaran.
4.3 – Pemulihan- Pn Maryati Salim
menjelaskan guru-guru termasuk kelas Tahun 6 boleh menghantar pelajar yang
lemah ke kelas Pemulihan.
4.4 – KSSR – PBS kini telah sampai ke
Tahun 4. En Ahmad Salleh menjelaskan guru-guru Tahun 1-4 mestilah menyediakan
fail-fail dan evidens seperti yang lepas. Dan memasukkan markah-markah dalam system
online PBS apabila telah sampai masa yang telah ditetapkan.
4.5 – MBM/MBI – Program MBM/MBI akan
terus dijalankan terutamanya sama ada secara rasmi dan tidak rasmi bagi
memantapkan kemahiran berbahasa di kalangan pelajar sekolah ini. Ini akan
digabungkan dalam kempen-kempen Anti Dadah, Kempen Hari Kemerdekaan dan
sebagainya.
4.6- PLBS, Ujian Lisan Bahasa Melayu
mestilah dijalankan sebagaimana pada tahun-tahun yang lepas. Ini khas untuk
murid Tahun 5 dan 6 sahaja. Pemantauan
akan dijalankan oleh pihak PPD. Sekurang-kurangnya ujian ini dijalankan dua
kali setahun.
4.7-Pelajaran Keselamatan Jalan Raya (PKJR), mestilah dijalankan. Buku-buku
aktiviti PKJR ini akan diserahkan kepada semua pelajar dari Tahun 1-Tahun 6
pada awal Januari 2014.
Tindakan-
Semua guru BahasaMelayu yang berkenaan |
5.
|
Hal-hal lain:
5.1 – Pengerusi meminta guru-guru yang
memerlukan bahan, alat bantu mengajar agar dapat dibekalkan kepada guru-guru
melalui sumber kewangan panitia yang ada.
5.2-Hj Mohd Saim Buang memohon buku
rujukan terkini khasnya contoh karangan bagi kegunaan guru.
5.3-Pn Fazidah Buwang menjelaskan
tentang Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun 1 akan diadakan selama
seminggu pada awal persekolahan sesi 2014 ini.
5.4-Pengerusi juga menjelaskan tentang
Plan J juga haruslah dilaksanakan bermula Januari.
5.5-PROTIM juga akan dijalankan. Tarikh-tarikh
dijalankan adalah setelah menerima surat daripada PPD.
5.6-i-Think juga menurut Pengerusi mesti dijalankan pada setiap kali PnP sebagaimana yang telah diarahkan.
Tindakan
Semua guru
Bahasa Melayu |
6.
|
Penutup
Ucapan penangguhan oleh En Zakariah
Bin Bahari. Beliau dan barisan pentadbir akan mengambil berat permasalahan
dan perkembangan panitia Bahasa Melayu demi kemajuan pelajar.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12
tengah hari
|
Disediakan oleh: Disemak oleh:
Disahkan oleh:
No comments:
Post a Comment