PROMOSI TERKINI-KLIK YA

Tuesday, November 24, 2009

KEPUTUSAN UPSR SK SERI PASIR






Keputusan UPSR telah diumumkan pada 19 November 2009 yang lalu.
Peratus bagi Bahasa Melayu Pemahaman ialah 92.77% - calon memperoleh A-47 0rang
Peratus bagi Bahasa Melayu Penulisan juga 92.77%- calon memperoleh A-56 orang

Seperti yang saya jangka pelajar yang memperoleh A dalam pemahaman menurun daripada 57 orang (2008 ) kepada 47 orang (2009) namun penulisan dikira masih bertahan iaitu 56 orang pelajar (2009) berbanding 57 orang pada tahun 2008. Namun calon tahun ini cuma 83 calon berbanding tahun lepas 93 calon.
Sekolah SK Seri Pasir telah menghasilkan 10 orang yang memperoleh 5A. Ini merupakan sejarah SK Seri Pasir. Sebagai sekolah di pedalaman, pencapaian itu amat menggembirakan kami.
Semoga pada tahun 2010, kami akan mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

Sunday, October 4, 2009

SOALAN BM UPSR 2009

Peperiksaan UPSR dijalankan pada 8, 9 dan 10 September yang lalu. Daripada maklum balas yang saya terima, pelajar-pelajar mengatakan bahawa Soalan Penulisan tiada masalah, boleh dijawab dengan penuh keyakinan. Namun, yang menjadi persoalan besar ialah soalan kertas Pemahaman Bahasa Melayu 2009 cukup mencabar. Mengikut analisis saya, sememangnya soalan Pemahaman tahun ini agak sukar. Hanya pelajar-pelajar yang berkemahiran tinggi sahaja yang akan memperoleh markah yang cemerlang. Saya cuba bertanya dengan rakan-rakan guru dari negeri-negeri lain, mereka juga berpendapat demikian. Sama-samalah kita berdoa agar semua pelajar kita dapat meraih kejayaan gemilang yang diimpikan oleh semua pihak.

Wednesday, July 1, 2009

PROGRAM ZOOM A- UNIT ICT SKSP

En Burhan Md Yussof selaku guru ICT Sk Seri Pasir telah mengusahakan program ZOOM A khas untuk calon-calon UPSR 2009. Melalui program ini pelajar dapat menjawab beribu-ribu soalan empat mata pelajaran utama. Program ini bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap pelajaran. Pelajar boleh memilih topik soalan, terutama tajuk-tajuk yang belum dikuasai mereka dalam sesuatu mata pelajaran itu.












Sunday, May 31, 2009

BENGKEL KECEMERLANGAN UPSR 2009

























Pada cuti Mac lalu Unit Kaunseling SK Seri Pasir bersama Panitia telah mengadakan bengkel menjawab UPSR. Penceramah ialah Cikgu Sufirah Amin Guru Cemerlang dari SK Pt Ju. Pendedahan khas untuk murid menjawab Kertas Penulisan Bahagian A, B dan C. Cikgu Sufirah mempunyai teknik-teknik tersendiri seperti kaedah MISA dan sebagainya.

Sunday, February 1, 2009

MINIT MESYUARAT BM

LAPORAN MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU 2009
SK SERI PASIR
KALI PERTAMA

TARIKH: 30 DISEMBER 2008
TEMPAT: BILIK GURU
MASA: JAM 9.00 PAGI
KEHADIRAN: EN. MAT SOM BIN SADONO
EN. ZULKEFLEE RAHMAT
PN. HJH ROHANI SUHAIMI
PN. HJH JANATU SAPUAN
EN. ARIFFIN ALI
EN. TUKIMAN MURI
EN. JAMAL BIN ADENAN
EN. BURHAN MD YUSSOF
PN. SITI HAWA AHMAD
PN. FAZIDAH BUWANG
PN. AZIZAH OTHMAN
PN. MARYATI SALIM

EN. MOHD SAIM BIN BUANG- CUTI HAJI

1. Ucapan Pengerusi Panitia- En Mat Som Sadono.

Beliau mengucapkan terima kasih kerana guru-guru dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat panitia Bahasa Melayu kali pertama yang diadakan hari ini. Beliau juga mengucapkan TAHNIAH kerana dalam UPSR tahun 2008, telah mencapai kejayaan yang memberangsangkan iaitu bagi kertas Pemahaman dari 88.76% 2007 kepada 97.8% pada tahun 2008. ini bermakna telah ada peningkatan 9.04%. Kertas penulisan menghadapi sedikit kemerosotan dari segi peratus iaitu dari 91.01% kepada
90.3%, di mana menurun 0.71%.Namun begitu, Calon yang mendapat gred A pula bagi kertas Pemahaman, meningkat dari 47 calon (2007) kepada 57 orang calon (2008). Penulisan dari 47 calon (2007) juga meningkat kepada 57 orang calon yang mendapat gred A dalam UPSR 2008.


2. Sukatan Pelajaran

Proses pembelajaran dan pengajaran akan bermula pada 5 Januari, oleh itu guru-guru haruslah menyediakan tiga perkara berikut iaitu:
a) Sukatan Pelajaran
b) Huraian Sukatan mengikut tahun 1,2,3,4,5 dan 6
c) Rancangan Tahunan
Selain itu, format penulisan rancangan harian adalah sama seperti tahun-tahun yang lalu di mana perlu dimasukkan Tajuk, objektif, fokus utama, fokus sampingan, pengisian kurikulum dan aktiviti .


3. Analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2008

Analisis yang dibincangkan khas bagi Tahun 5 2008, kerana mereka calon UPSR bagi tahun 2009. TOV bagi Tahun 6 2009 ini ialah Pemahaman 95.29% (4 murid gagal daripada 85 murid)
Dan Penulisan 83.53% (6 orang murid gagal daripada 85 orang murid). Kelemahan dalam penulisan ini telah dikenal pasti iaitu mereka tidak dapat membina ayat sama ada dalam nilai murni atau karangan. Dalam menulis nilai dan pengajaran pula mereka tidak tahu hendak menggunakan ayat sendiri bagi menghuraikan nilai itu. Lebih malang lagi terdapat pelajar yang tidak tahu mengeluarkan nilai murni daripada petikan.

Justeru itu, pada tahun 2009 masalah ini diharap akan dapat diatasi dengan menambahkan buku-buku dan latihan intensif daripada guru-guru. Kaedah 5K untuk menulis nilai murni boleh diperoleh daripada Pn Hjh Rohani untuk panduan guru dan murid.

Pn Siti Hawa memohon buku karangan mudah khas untuk Tahun1. Pengerusi akan cuba mendapatkan buku ini sedikit masa lagi sehingga peruntukan diberi.



4. Sasaran UPSR 2009

Setelah berbincang, maka keputusan sebulat suara telah dibuat iaitu sasaran bagi UPSR adalah seperti berikut:

Pemahaman – 98%
Penulisan - 95%


5. Program Kecemerlangan 2009

Pengerusi membentangkan Program Kemerlangan Bahasa Melayu 2009 iaitu:
a) Program 3P Pengayaan, Pengukuhan dan Pemulihan akan diteruskan bagi kedua-dua kertas Pemahaman dan Penulisan. Pemahaman seminggu minima 80 soalan dan Penulisan seminggu 2 buah karangan. Ini khas untuk Tahun 6. Bagi Tahun 4 dan 5 jumlah minima ialah 60 soalan pemahaman seminggu, dan Penulisan sebuah karangan seminggu.
b) Program Menyalin Karangan – Murid akan diberikan contoh-contoh karangan dan mereka akan menyalin karangan yang diberi.
c) Bengkel Menjawab UPSR oleh penceramah undangan. En Zulkeflee mencadangkan ceramah ini diadakan dua kali dalam setahun. Cadangan ini diterima oleh sebulat suara. Panitia haruslah bergabung dengan unit Bimbingan dan Kaunseling untuk menjayakan ceramah ini.
d) Latih tubi UPSR
e) Sudut Bahasa Melayu- sudut yang terdapat di kelas akan dibekalkan informasi oleh panitia bagi pelbagai hal Tatabahasa.

6. KIA 2M – Pn Fazidah selaku penyelaras menjelaskan kelas ini akan dijalankan oleh Pn Azizah. Pengesanan akan dibuat pada minggu keempat bulan Januari. Kelas KIA 2M akan dijalankan pda pertengahan bulan Februari.


7. Kelas PROTIM

Penyelaras PROTIM ialah En Roy Fahmi. Panitia Bahasa Melayu akan bekerjasama dengan beliau bagi menjayakan kelas Protim ini. Bagi tahun 4 akan bermula pada bulan Februari dan bagi tahun 6 adalah selepas peperioksaan UPSR. Markah
Akan diisi dalam computer seperti tahun 2008 yang lalu. Pihak
PPD sangat mengambil berat akan perkara ini.


8. Kelas Pemulihan

Pn Maryati menyatakan program Pemulihan adalah seperti yang lalu.Beliau berharap guru-guru dapat menghantar murid-murid yang mempunyai masalah membaca dan menulis ke kelas pemulihan.


9. PLBS
Seperti yang guru-guru maklumi, tahun 2010, system peperiksaan akan mengalami perubahan iaitu lebih berasaskan sekolah. PLBS merupakan antara pelopor system tersebut. Lantaran itu, buku-buku mengandungi oring PLBS akan dibekalkan tidak lama lagi.

10. Analisis Item

Selepas setiap ujian dan peperiksaan perlu dibuat analisis item.
Analisis ini penting bagi mengenal pasti tajuk-tajuk yang masih sukar difahami oleh pelajar. Berdasarkan perkara itu, kita dapat membuat tindakan susulan.


11. Kajian Tindakan

Seperti yang telah diberitahu oleh En Roslee, tahun 2009, guru-guru dikehendaki menyediakan satu kajian tindakan bagi setiap orang guru. Maka murid-murid yang menghadapi masalah dalam bahasa ini boleh dijadikan sebagai satu kajian.Contoh draf boleh diperoleh daripada panitia.

12. Tulisan Berangkai- Pengerusi menjelaskan p-erkara ini terdapat dalam Sukatan Pelajaran kod 8.3. Ia dapat diserapkan dalam pantun dan sajak.
Guru TAHUN2-6

13. Daftar Kata- Guru-guru haruslah merujuk buku daftar kata dari Pusat Perkembangan Kurikulum. Daripada daftar itu, kita boleh
Mengetahui perkataan yang perlu murid tahu mengikut tahap mereka.


14. Penggunaa ICT – Guru-guru juga haruslah menggunakan kemudahan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran agar menjadikan pengajaran lebih menarik minat pelajar.

15. Pembelajaran KOMSAS

Pembelajaran sastera boleh diserapkan dalam Bahasa Melayu terutamanya bagi Tahap 2. Ia bagi menyediakan diri pelajar supaya minat membaca.

Hal-hal lain:

-En Zulkeflee Rahmat mengingatkan kepada guru-guru tahap 2, iaitu bagi solan nilai murni dan pengajaran jumlah perkataan mulai tahun 2008 adalah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Maka murid sepatutnya menulis antara 50 hingga 60 patah perkataan sahaja. Elakkan rumusan yang panjang. Murid hendaklah dibiasakan menulis rumusan yang padat dan berkesan.

-En Arifin menyatakan murid tidak dapat membina ayat yang betul. Maka penegasan haruslah bermula dengan membina ayat yang mudah.

-Pn Fazidah menyatakan, terdapat ramai murid yang keliru semasa menulis iaitu contohnya antara b dan d dan sebagainya. Hinga tahun 6 pun perkara ini berlaku. Mereka bukan tidak pandai menulis, tetapi telah sebati dengan hal tersebut. Maka Pn Fazidah memohon agar ibu bapa diberitahu masalah tersebut agar tidak berpanjangan. Pn Maryati menjelaskan perkara ini berlaku kerana latihan menyambung titik menjadi huruf menjadikan perkara ini terjadi.

-Pn Siti Hawa menjelaskan bahawa Pembelajaran Jalan Raya akan diajar semasa pembelajaran Bahasa Melayu mulai bulan Jun 2009. Semua guru Bahasa Melayu dikehendaki mengajar perkara tersebut kepada murid mereka. Panduan akan diberi oleh pihak berkenaan sebelum masa yang dijanjikan.

-Pengerusi menyatakan pihak pentadbir telah membuat program membaca 10 minit semasa perhimpunan. Guru-guru haruslah membantu untuk menjayakan usaha murni itu.

-En Zulkeflee mencadangkan agar murid-murid Tahun 6 diberikan Ceramah Motivasi. Pengerusi menyatakan ia akan dibincangkan dengan En Khairudin iatu kauselor SK Seri Pasir.

-Pn Azizah memohon untuk membekalkan dua gulung tikar bagi kegunaan kelas KIA 2M.

-Pengerusi berharap agar pencapaian bagi tahun 2009 ini akan lebih gemilang bagi merealisasikan Misi dan Visi sekolah.


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00 pagi



Disediakan oleh Disahkan oleh


………………………… ……………………
(PN HJH ROHANI SUHAIMI)
Setiausaha Panitia Bahasa Melayu
SK SERI PASIR


CONTOH MINIT MESYUARAT TERBARU 2011 klik sini

AHLI JAWATANKUASA PANITIA BAHASA MELAYU SK SERI PASIR

PENGERUSI: EN. MAT SOM BIN SADONO
PENOLONG PENGERUSI: EN. ZULKEFLEE BIN RAHMAT
SETIAUSAHA: PN. HJH ROHANI BT SUHAIMI
BENDAHARI: EN. ARIFIN BIN ALI

AHLI JAWATANKUASA:
PN. FAZIDAH BT BUWANG
PN. MARYATI BT SALIM
PN. SITI HAWA BT. AHMAD
EN. BURHAN BIN MD YUSSOF
PN. AZIZAH BT. OTHMAN

PANITIA BM SK SERI PASIR

Assalamualaikum,
Saya menghasilkan blog ini (1 FEBRUARI 2009) disebabkan beberapa perkara antaranya banyak hasilan dari buah fikiran telah hilang begitu sahaja apabila maklumat-maklumat penting disimpan dalam disket, pen drive atau dalam PC/laptop antaranya serangan virus, kerosakan komputer dan seumpamanya. Maka penyimpanan dalam blog adalah sesuatu pilihan terbaik, di mana kita tidak perlu membawa pen drive ke mana-mana. Cukuplah kita mengingat alamat blog kita. Di samping itu, ia dapat dilihat oleh rakan-rakan guru di mana-mana sahaja (walaupun pengisian di sini mengandungi banyak kekuramgan lagi) Insya Allah saya akan tambah input dari semasa kesemasa.