PROMOSI TERKINI-KLIK YA

Thursday, September 9, 2010

NOTA UPSR DAN PMR

Ramai yang keliru tentang satu-satu ejaan. Mereka keliru mana satu yang betul atau salah. Segala-galanya telah tersedia dalam web DBP.

Ayuh mari kita lihat satu-satu. Semua masalah anda akan dapat diselesaikan
>>>>>
KLIK DI SINI

Thursday, June 17, 2010

NOTA TATABAHASA UNTUK UPSR DAN PMR 2

Beberapa Masalah Penggunaan Kata Dalam Ayat


1. Salah: Ada berbagai barang di kedai itu.
Betul: Ada berbagai-bagai barang di kedai itu.
Ada pelbagai barang di kedai itu.

2. Salah: Ali dihadiahkan sebuah buku harian.
Betul: Ali dihadiahi sebuah buku harian.

3. Salah: Saya menghadiahkan Salim sebuah basikal.
Betul: Saya menghadiahi Salim sebuah basikal.

4. Salah: Buku itu dihadiahi kepada Ali.
Betul: Buku itu dihadiahkan kepada Ali.

5. Salah: Dia merindukan anaknya.
Betul: Dia merindui anaknya.
Dia rindu akan anaknya.

6. Salah: Ibu meniduri adik.
Betul: Ibu menidurkan adik.

7. Salah: Hakim menjatuhkan pembunuh itu hukuman gantung.
Betul: Hakim telah menjatuhi pembunuh itu hukuman gantung.

8.Salah: Hakim telah menjatuhi hukuman gantung kepada pembunuh itu.
Betul: Hakim telah menjatuhkan hukuman gantung kepada pembunuh itu.

9. Salah: Pembunuh itu telah dijatuhkan hukuman gantung.
Betul: Pembunuh itu telah dijatuhi hukuman gantung.

10.Salah: Bangunan itu adalah Komtar.
Betul: Bangunan itu ialah Komtar.

11. Salah: Perkara itu ialah benar.
Betul: Perkara itu adalah benar.

12. Salah: Bola itu ditendang oleh saya.
Betul: Bola itu saya tendang.

13. Salah: Bola itu Ali tendang.
Betul: Bola itu ditendang oleh Ali.

14. Salah: Di masa cuti sekolah, banyak orang yang balik kampung.
Betul: Pada masa cuti sekolah, banyak orang yang balik ke kampung.

15. Salah: Dia menceburkan diri di bidang perniagaan.
Betul: Dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

16. Salah: Dalam bilik itu ada banyak nyamuk.
Betul: Di dalam bilik itu ada banyak nyamuk.

17. Salah: Di atas perhatian daripada pihak tuan, saya mengucapkan terima kasih.
Betul: Atas perhatian daripada pihak tuan, saya mengucapkan terima kasih.

18. Salah: Bersama surat ini saya lampirkan borang kaji selidik.
Betul: Bersama-sama surat ini saya lampirkan borang kaji selidik.

19. Salah: Saya tidak menyebelahi kedua belah pihak yang bermusuhan itu.
Betul: Saya tidak menyebelahi kedua-dua belah pihak yang bermusuhan itu.

20. Salah: Saya tidak akan mensiakan peluang ini.
Betul: Saya tidak akan mensia-siakan peluang ini.

21. Salah: Setengah orang tidak suka makan makanan yang manis-manis.
Betul: Setengah-setengah/sesetengah orang tidak suka makan makanan yang manis-manis.

22. Salah: Dia selalu berkunjung Eropah.
Betul: Dia selalu berkunjung ke Eropah.

23. Salah: Di antara yang hadir ke majlis tersebut ialah ibu saya.
Betul: Antara yang hadir ke majlis tersebut ialah ibu saya.

24. Salah: Rumah Zahari terletak antara Batu Pahat dengan Parit Raja.
Betul: Rumah Zahari terletak di antara Batu Pahat dengan Parit Raja.

25. Salah: Kerjasama di antara dua buah negara akan diteruskan lagi.
Betul: Kerjasama antara dua buah negara akan diteruskan lagi.

26. Salah: Dia belajar dari pengalaman.
Betul: Dia belajar daripada pengalaman.

27.
Salah: Buku itu dia hantar ke perpustakaan.
Betul: Buku itu dihantar olehnya ke perpustakaan.

28. Salah: Kertas itu dimasukkan dalam laci
Betul: Kertas itu dimasukkan ke dalam laci.

29. Salah: Dia datang bila dipanggil.
Betul: Dia datang apabila dipanggil.

30. Salah: Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Betul: Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya.

31. Salah: Dia memandang kepada saya.
Betul:
Dia memandang saya.

32. Salah: Dia memberi pelajaran kepada anaknya.
Betul: Dia memberikan pelajaran kepada anaknya.

33. Salah: Ahmad telah membesar perniagaannya.
Betul: Ahmad telah membesarkan perniagaannya.

34. Salah: Oleh kerana itu, masalah ini harus diselesaikan segera.
Betul: Oleh sebab itu, masalah ini harus diselesaikan segera.

35. Salah: Silalah datang ke rumah saya pada bila masa.
Betul: Silalah datang ke rumah saya pada bila-bila masa.

36. Salah: Pilihlah mana yang sesuai.
Betul: Pilihlah mana-mana yang sesuai.

37. Salah: Ambillah apa yang anda suka.
Betul: Ambillah apa-apa yang anda suka.

38. Salah: Letaklah di mana yang sesuai.
Betul: Letaklah di mana-mana yang sesuai.

39. Salah: Anda berasal daripada mana?
Betul: Anda berasal dari mana?

40. Salah: Mereka-mereka yang tidak membayar denda akan ditangkap.
Betul: Mereka yang tidak membayar denda akan ditangkap.

LAGI>>>-SILA KLIK





Wednesday, March 17, 2010

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB UPSR 2010






Nota di atas ialah nota yang diberi oleh En Ahzali Latif. (Sila Klik, besarkan dan print)




Penceramah yang diundang oleh pihak sekolah kali ini ialah En Ahzali Latif fasilitator Linus
yang kini mengajar di SK Seri Mulia, Rengit. Beliau telah menanda kertas Bahasa Melayu UPSR selama 14 tahun.
Antara intisari penting yang dapat dipetik daripada ceramah beliau ialah:

PENULISAN Bahagian A:

* Elakkan penggunaan NAMA WATAK, tahun lalu penggunaan nama masih dimaafkan, tetapi mulai tahun ini penggunaan nama watak dalam gambar AKAN DIPOTONG MARKAH.

* Sebaik-baiknya gunakan ayat majmuk dalam bahagian ini. Ayat majmuk lebih gramatis.

PENULISAN Bahagian B:

* Jika karangan berbentuk cerita atau menyambung cerita elakkan karangan yang tidak logik
seperti:
1. Cerita berkaitan hantu
2. Murid/calon menyelamatkan seseorang yang dalam keadaan kecemasan atau dalam apa-apa keadaan dengan menggunakan helikopter, jet atau sebagainya. Situasi mestilah LOGIK
3. Jika karangan itu memerlukan 'Apakah tindakan kamu' , maka calon itu mestilah menjadikan dirinya sebagai hero/heroin dalam cerita yang disampaikan itu. Sebagai contoh, jika hendak menyelamatkan orang yang lemas di sungai, calon itulah sendiri yang terjun ke sungai dan menyelamatkan orang itu, bukan menyuruh orang lain atau polis dan sebagainya.

PENULISAN Bahagian C:

Mulai tahun lepas, terdapat arahan tambahan dalam bahagian C iaitu JELMAKAN nilai murni.
Maksudnya di sini ialah, kita tidak harus menulis nilai yang telah tercatat dalam petikan. Sebagai contoh.
Ayat: Ahmad mengucapkan terima kasih kepada guru kelasnya.
Rumusan: Kita seharusnya berterima kasih kepada guru kita. (ini jawapan yang tidak tepat)
Sepatutnya: Kita seharusnya menghargai ...........(jelmakan satu nilai yang hampir sama maknanya dengan nilai yang terdapat dalam petikan)

EN AHZALI LATIF boleh dihubungi melalui talian 019-7874780





Setelah entri ini dikeluarkan ramai yang bertanya tentang benarkah nama watak tidak boleh ditulis dalam ayat tersebut (Bahagian A).
Saya bertanya kepada beberapa orang pemeriksa kertas Penulisan UPSR. Jawapannya begini:

-Boleh, namun nama tersebut haruslah berkesinambungan ke ayat seterusnya. Misalnya Ali, Ayah Ali, Kakak Ali, Ibu Ali...

-Jika masih was-was, maka untuk selamat gunakan saja Seorang budak lelaki.....Dua orang pelajar perempuan, Seorang guru ......dan lain-lain.



Di bawah ini ialah panduan BAHAGIAN C untuk skima yang terbaru 2010. Pada UPSR 2010 keputusan UPSR bagi Penulisan telah merosot kerana perubahan skima ini.


CONTOH JAWAPAN:

Berdasarkan petikan, saya dapati kita hendaklah........................................................................
contohnya.......................................................................................................................................................
Selain itu, kita haruslah................................................................................................................................
misalnya..........................................................................................................................................................
Di samping itu, kita perlulah........................................................................................................................
umpamanya....................................................................................................................................................
Oleh itu, kita sewajarnya..............................................................................................................................
seperti.............................................................................................................................................................
Akhir sekali, kita mestilah............................................................................................................................
dengan/supaya/untuk..................................................................................................................................


Jelmakan Nilai yang baru. Contoh berterima kasih menjadi menghargai.
Contoh hendaklah seperti apa yang ada di dalam petikan.

Monday, February 8, 2010

PELAN STRATEGIK DAN PELAN TAKTIKAL


Oleh sebab ada yang bertanya tentang Pelan Strategik dan Pelan Taktikal, maka saya siarkan di sini. Hanya ini sahajalah contoh yang dapat saya sediakan.






Tuesday, January 12, 2010

NOTA TATABAHASA UNTUK PELAJAR (UPSR DAN PMR)






































Soalan mencari kesalahan tatabahasa sangat popular dalam peperiksaan UPSR dan PMR. Jadi nota ini diharapkan dapat membantu guru untuk menjelas beberapa topik terutama penggunaan apitan Memper....i dan apitan Memper...kan. Disertakan juga kata majmuk yang dianggap telah mantap. Ia saya peroleh daripada Buku Tatabahasa Dewan keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka.















LAGI NOTA TATABAHASA...SILALAH KLIK DI SINI >>>>>