Pages
PROMOSI TERKINI-KLIK YA
Wednesday, March 27, 2013
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB UPSR 2013
Penceramah yang dijemput kali ini ialah Puan Ruhiyati Mohd Taib dari SK Pt Ju. Beliau telah menanda kertas Bahasa Melayu UPSR selama 14 tahun. Selama 2 jam setengah calon-caalon UPSR 2013 telah didedahkan dengan teknik-teknik menjawab kertas Penulisan dan Pemahaman. Fokus lebih kepada kertas Penulisan terutama bahagian A dan bahagian C iaitu rumusan nilai murni.
Antara pesanan utama beliau ialah, TULISAN pelajar mestilah cantik dan kemas kerana yang menanda kertas Penulisan ini merupakan guru-guru yang telah berusia 30 - 50 tahun, yang mana mata mereka ada yang mula rabun..... Jadi, pujuklah hati mereka dengan tulisan yang kemas dan mudah untuk dibaca.
Murid hendaklah menulis karangan ini antara 4-6 perenggan. Yang terbaik ialah enam perenggan.
PERSARAAN GURU BAHASA MELAYU
PN HJH ROHANI SUHAIMI, ialah seorang guru Bahasa Melayu SK Seri Pasir. Telah bertugas di SK Seri Pasir dan mengajar Bahasa Melayu selama 26 tahun di sini. Beliau telah berkhidmat dalam dunia pendidikan selama 36 tahun. Selamat bersara Pn Hjh Rohani.
Label:
PERSARAAN GURU BM
Subscribe to:
Posts (Atom)