PROMOSI TERKINI-KLIK YA

Sunday, February 16, 2014

PELAN STRATEGIK DAN PELAN TAKTIKAL BAHASA MELAYU SK SERI PASIR 2014







PELAN STRATEGIK TAHUN 2011-2015
PANITIA BAHASA MELAYU SK SERI PASIR

ISU
MASALAH
MATLAMAT
STRATEGI
INDIKATOR
PENCAPAIAN
Pencapaian Bahasa
Melayu Masih Belum
Mencapai Kelulusan
100% Dalam
Peperiksaan
UPSR.
  1. Masih terdapat pelajar yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis.
  2. Lebih kurang 5-8% gagal dalam Pemahaman dan penulisan
  3. Kosa kata yang terbatas dan tidak meluas dan tidak dapat membina ayat yang gramatis.








  1. Meningkatkan kadar celik huruf dan sifar buta huruf.
  2. Meningkatkan kelulusan 100% dalam Pemahaman dan Penulisan.
  3. Meningkatkan penguasaan pelajar dalam kosa kata/perbendaharaan kata dan dapat membina ayat yang gramatis.
  1. Meningkatkan kualiti pengajaran guru.
  2. Meningkatkan kualiti pembelajaran murid.
  3. Meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti sokongan Bahasa Melayu.
  4. Menjadikan Bahasa Melayu mata pelajaran yang mudah dan menarik minat murid.
  1. 100% murid menguasai kemahiran membaca dan menulis dari Tahun 1-6.
  2. Mencapai kelulusan 100 % dalam peperiksaan dalaman dan UPSR.
  3. Keupayaan murid untuk menguasai
Kosa kata dan seterusnya boleh membina ayat dengan baik.



PELAN TAKTIKAL 2014
BIDANG KURIKULUM
PANITIA BAHASA MELAYU SK SERI PASIR

BIL
PROGRAM
OBJEKTIF
TANGGUNGJAWAB
TEMPOH
KOS/
SUMBER
TOV
ETR
INDIKATOR
PENCAPAIAN
1.
Perkembangan
Staf
Meningkatkan kemahiran pedagogi dan teknik pengajaran guru
  1. Guru Besar
  2. Penolong Kanan 1
  3. Ketua Panitia Bahasa Melayu.
Mei-Ogos
RM 300/
Sekolah
90% guru mencapai skor keseluruhan
Sekurang-kurangnya 100%.
100% guru mencapai skor keseluruhan
Sekurang-kurangnya 100%.
Kemahiran
Pedagogi
guru
2.
Bengkel Teknik menjawab kertas Penulisan












Meningkatkan
Kemahiran murid dalam teknik menjawab kertas penulisan.
  1. Ketua Panitia
  2. Guru-guru Bahasa Melayu
Mac-Ogos
RM 300/
Sekolah
88.14% murid
menguasai
94.92% Murid
menguasai
Peratus murid
Menguasai penulisan.













3.
Program 3P
Pengayaan, Pengukuhan dan Pemulihan
Dalam Kertas Pemahaman.



Meningkatkan kemahiran murid dalam menjawab kertas pemahaman.
  1. Ketua Panitia
  2. Guru-guru Bahasa Melayu.
Jan-Ogos
RM 300/
Sekolah
94.92% Murid
menguasai
100%
Murid
menguasai
Peratus murid
Menguasai Pemahaman.
4.
Program Menyalin
Karangan




Meningkatkan penguasaan pelajar dalam penulisan dan meluaskan kosa kata.
  1. Ketua Panitia
  2. Guru Bahasa Melayu Tahun 3,4,5 dan 6.
Januari-Oktober
RM 100/
Sekolah
88.14% Murid
94.92% Murid
Peratus Murid
Menguasai kertas Penulisan.
5.
 Penggunaan
Akhbar Didik Dalam Kelas
Meningkatkan penguasaan pelajar dalam mennjawab soalan-soalan UPSR
Guru Bahasa Melayu Tahun 6
Januari –
September
RM
94.92%
Murid
Menguasai Pemahaman
88.14%
Penulisan

100%
Murid
Pemahaman
94.92%
Penulisan
Peratus
Murid
Menguasai
Pemahaman
dan
Penulisan











6.
Teka Silangkata











Meluaskan penguasaan pelajar terhadap kosa kata.
  1. Ketua Panitia
  2. Guru Bahasa Melayu tahun 3-6
Januari-November
RM 100/
Sekolah
70%
Tahun 3-6

100%
Murid tahun 3-6
Peratus murid menguasai Kosa kata.
7.










Sudut Bahasa Melayu
Di dalam Kelas
Meningkatkan
Penguasaan pelajar dalam
Tatabahasa khasnya penambahan
Ilmu tatabahasa
Dan kosa kata
1.      Guru
Bahasa
Melayu
Dan
Guru
Kelas
Januari-
November
RM 100/
Kelas
70%
Tahun 1-6
100%
Murid
Tahun 1-6
Peratus murid
Menguasai
Kertas
Pemahaman
Dan Penulisan

Saturday, February 15, 2014

MINIT MESYUARAT BAHASA MELAYU KALI PERTAMA 2014


MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU SK SERI PASIR
KALI PERTAMA BAGI TAHUN 2014

Tarikh: 27 Disember 2013
Masa:  11.00 – 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Guru

Kehadiran:
1.       En Mat Som B Sadono (KP)
2.       En Zulkeflee B Rahmat
3.       Tn Hj Mohd Saim B Buang
4.       En Burhan B Md Yussof
5.       En Jamal B Adenan
6.       En Ahmad Salleh B Suraimi
7.       Pn Hjh Fazidah Bt Buwang
8.       Pn Azizah Bt Osman
9.       Pn Siti Hawa Bt Ahmad
10.   Pn Noreha Bt Awi
11.   Bersama-sama hadir: En Zakariah B Bahari (GPK 1)


BIL
PERKARA
1.
Ucapan Pengerusi
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kerana guru-guru dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat kali pertama bagi sesi persekolahan tahun 2014.


Tindakan
Pengerusi
2.
Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu
En Ahmad Salleh B Suraimi mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan. Disokong oleh En Jamal Bin Adenan  dan sebulat suara.


                                                          Tindakan
                                                          Pn Siti Hawa Bt Ahmad



3


Perkara –perkara berbangkit:

3.1- Analisis keputusan UPSR 2013

3.1.1 : Pengerusi mengucapkan tahniah atas pencapaian cemerlang Bahasa Melayu bagi UPSR 2013 iaitu bagi kertas Pemahaman sebanyak 97%, GPMP 1.59, %A 60.6% manakala bagi kertas Penulisan mencatatkan kelulusan 92.4% , GPMP 1.83, %A 50% iaitu peningkatan sebanyak  14.4% berbanding tahun 2012.

3.1.2: Pihak sekolah telah berbincang dan menganalisis bahawa bagi UPSR 2014, sasaran adalah seperti berikut:

Kertas Pemahaman sasarannya ialah 100% menguasai, GPS 1.92 dan %A ialah sebanyak 67.80%

Kertas Penulisan pula sasarannya ialah 94.92% GPS 1.51 dan %A juga sebanyak 67.8%.

Sasaran bagi kedua-dua kertas peperiksaan UPSR tersebut adalah berdasarkan TOV yang telah dicapai oleh 59 calon UPSR 2014, iaitu pencapaian calon-calon bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2013.

3.1.3: TOV calon-calon UPSR 2014 adalah seperti  berikut. Pemahaman 94.92% menguasai GPMP 2.36, dan %A  10.17%. TOV bagi Penulisan pula 88.14% menguasai, GPMP 2.46, %A 15.25%.

Justeru itu, bagi kertas Pemahaman memerlukan peningkatan sebanyak 5.08% menguasai untuk mencapai sasaran, dan kertas Penulisan perlukan lagi 6.78% untuk mencapai sasaran tersebut.

3.1.4: Bagi memastikan sasaran ini tercapai beberapa perkara berikut akan dijalankan.
  
-          Pengurusan Sekolah- haruslah lebih memantau pelajar-pelajar bermasalah dari  segi sahsiah dan kelakuan, kerana ini akan mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran guru di kelas

-          Panitia – Panitia akan menyediakan bahan-bahan soalan terkini dan meneruskan program-program yang ternyata berkesan meningkatkan keputusan UPSR untuk tahun 2013 yang lalu. Antara program-program tersebut ialah:

a.       Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR (Penulisan)
b.      Program 3P
c.       Program Menyalin Karangan
d.      Zoom A
e.      Sudut Bahasa Melayu DI Dalam Kelas
f.        Penggunaan Akhbar Didik
g.       Kelas Malam
h.      Teka Silang Kata


-          Guru – Guru akan menghadiri kursus-kursus penandaan dan pemantapan bahasa bagi mengetahui format terbaru yang dikendaki dalam menjawab kertas penulisan.

-          Pelajar- Pelajar yang mempunyai semangat yang negatif haruslah diberikan motivasi. Pembangunan sahsiah penting bagi mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif. Ini akan dijalankan bersama dengan unit Kaunseling.

-          Ibu-bapa-Ibu bapa harus memantau kerja rumah pelajar juga semasa pelajar menjawab Zoom A. Tanpa pengawasan mereka, pelajar-pelajar akan melayari laman web yang tidak berfaedah.



                                                             Tindakan
                                                             Semua Pentadbir,  ibu  
                                                             bapa,Guru kaunseling,
                                                             guru Bahasa Melayu t


4.
Perkara-perkara Yang Dibincangkan:

4.1 – Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan dan Rancangan Tahunan
Ketiga-tiga bahan tersebut hendaklah disediakan oleh semua guru mata pelajaran Bahasa Melayu termasuk Tahun 1,2,3 dan 4  yang mula menggunakan kurikulum baru  KSSR.

4.2 –Pn Azizah Osman – Jumlah murid Linus Tahun 1 bagi tahun 2013 ialah Tahun 1 yang masuk ke Tahun 2 sebanyak 9 orang pelajar. Tahun 2 yang sekarang masuk ke Tahun Tiga jumlahnya ialah sebanyak 2 orang pelajar. Dan tahun Tiga yang masuk tahun 4 semuanya telah melepasi sasaran.

4.3 – Pemulihan- Pn Maryati Salim menjelaskan guru-guru termasuk kelas Tahun 6 boleh menghantar pelajar yang lemah ke kelas Pemulihan.

4.4 – KSSR – PBS kini telah sampai ke Tahun 4. En Ahmad Salleh menjelaskan guru-guru Tahun 1-4 mestilah menyediakan fail-fail dan evidens seperti yang lepas. Dan memasukkan markah-markah dalam system online PBS apabila telah sampai masa yang telah ditetapkan.

4.5 – MBM/MBI – Program MBM/MBI akan terus dijalankan terutamanya sama ada secara rasmi dan tidak rasmi bagi memantapkan kemahiran berbahasa di kalangan pelajar sekolah ini. Ini akan digabungkan dalam kempen-kempen Anti Dadah, Kempen Hari Kemerdekaan dan sebagainya.

4.6- PLBS, Ujian Lisan Bahasa Melayu mestilah dijalankan sebagaimana pada tahun-tahun yang lepas. Ini khas untuk murid Tahun 5  dan 6 sahaja. Pemantauan akan dijalankan oleh pihak PPD. Sekurang-kurangnya ujian ini dijalankan dua kali setahun.

4.7-Pelajaran Keselamatan Jalan Raya  (PKJR), mestilah dijalankan. Buku-buku aktiviti PKJR ini akan diserahkan kepada semua pelajar dari Tahun 1-Tahun 6 pada awal Januari 2014.

                                                                 Tindakan-
                                                                 Semua guru 
                                                                 BahasaMelayu yang                            
                                                                 berkenaan
5.
Hal-hal lain:

5.1 – Pengerusi meminta guru-guru yang memerlukan bahan, alat bantu mengajar agar dapat dibekalkan kepada guru-guru melalui sumber kewangan panitia yang ada.

5.2-Hj Mohd Saim Buang memohon buku rujukan terkini khasnya contoh karangan bagi kegunaan guru.

5.3-Pn Fazidah Buwang menjelaskan tentang Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun 1 akan diadakan selama seminggu pada awal persekolahan sesi 2014 ini.

5.4-Pengerusi juga menjelaskan tentang Plan J juga haruslah dilaksanakan bermula Januari.

5.5-PROTIM juga akan dijalankan. Tarikh-tarikh dijalankan adalah setelah menerima surat daripada PPD.

5.6-i-Think juga menurut Pengerusi mesti dijalankan pada setiap kali PnP sebagaimana yang telah diarahkan.

                                                                    Tindakan
                                                                    Semua guru 
                                                                    Bahasa Melayu

6.
Penutup


Ucapan penangguhan oleh En Zakariah Bin Bahari. Beliau dan barisan pentadbir akan mengambil berat permasalahan dan perkembangan panitia Bahasa Melayu demi kemajuan pelajar. 
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12 tengah hari







Disediakan oleh:                 Disemak oleh:                                             Disahkan oleh: