PROMOSI TERKINI-KLIK YA

Sunday, October 21, 2012

UCAPAN PERPISAHAN WAKIL MURID TAHUN 6

Assalamualaikum w.b.k. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis. Yang berusaha Tuan Guru Besar, Encik Mohd Nizam Bin Abu Bakar, barisan penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi.

Hadirin sekalian,

     Pertama kali,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kepercayaan mewakili rakan-rakan dalam menyampaikan ucapan wakil pelajar tahun enam dalam majlis Jamuan Akhir Tahun anjuran murid Tahun Enam, Pengawas dan Pengawas Perpustakaan Sekolah Kebangsaan Seri Pasir 2012 ini.

     Seterusnya, saya bagi pihak pelajar Tahun Enam ingin merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua guru yang telah mendidik kami. Sebahagiannya bermula dari peringkat Pra Sekolah, dan sebahagian besarnya bermula dari Tahun Satu sehinggalah ke Tahun Enam, daripada kami tidak mengenal huruf dan angka, sehinggalah kami dapat menguasai semua kemahiran yang dikehendaki. 

    Pada kesempatan ini juga, kami menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf, seandainya ada antara kami ada yang melakukan kesalahan dan kekhilafan dari segi tutur kata dan perbuatan. Selain itu, sebagai wakil bagi semua pengawas dan pengawas perpustakaan 2012, kami juga memohon maaf, sekiranya kami tidak dapat menjalankan tugas dengan cemerlang sebagaimana yang diharapkan.

Akhir kata, sampaikanlah salam kami kepada guru-guru yang sudah tidak bersama-sama kita lagi, sama ada telah berpindah atau bersara, katakanlah bahawa jasa dan bakti mereka, dan guru-guru yang ada di sini, akan kami sanjungi dan kami ingati sepanjang hayat kami. Hanya Allah sahajalah yang membalas segala pengorbanan guru-guru itu.

Sekian, wasalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh. 

Monday, August 6, 2012

MBM/MBI - PERTANDINGAN PIDATO 2012

6 Ogos 2012, bertempat di Dewan Gemilang, diadakan pertandingan teka kata, mencari benda tersembunyi dan juga pertandingan pidato bagi Tahap 2.Pertandingan pidato ini dianjurkan bersama-sama oleh Panitia Bahasa Melayu dengan Panitia Pendidikan Islam sempena Ramadhan tahun ini. Ia bertujuan mengisi masa rehat dengan program-program ilmu agar masa senggang pelajar dapat diisi dengan hal yang bermanfaat.

Pertandingan ini telah disertai oleh 14 orang pelajar Tahap 2. Marilah kita lihat gambar-gambar di bawah. Tampaknya mereka belum dapat menghafal teks pidato yang diberi. Sekurang-kurangnya pertandingan ini telah dapat memberikan keyakinan kepada mereka untuk berhujah di depan khalayak ramai.











KEPUTUSAN PERTANDINGAN PIDATO TAHAP 2:

TAHUN 6:

  1. MUHAMMAD AMIR ALTAF BIN MD NIZAM
  2. NURAMEIRAH HAZIQAH BT MOHD HIZAD
  3. NUR NABIHAH BT KARIM
TAHUN 5:
  1. MUHAMAD AMIRUL FAIZ BIN HAMDANI
  2. MUHAMMAD IZZAT HAKIM BIN NORIZAN
  3. AINA AQILAH BT BURHAN
TAHUN 4:
  1. NUKHBAH HARIZ B MOHD ROSLAN
  2. NUR AISYAH BT MD RIZAL
  3. NUR FATHEAH BT YAAKOB



PEMENANG MENCARI BENDA TERSEMBUNYI:

1 ARIF:

  1. NUR ALLYA MAISARAH BT ANUAR
  2. NUR AIN NABILA
  3. MUHD NASRUL IZWAN B RAFEE
1 AZAM:
  1. NURIN
  2. AIDA NASOHA
  3. NUR FARNIS
PERTANDINGAN TEKA KATA:

2 ARIF:
  1. NURUL SYAZWANNI ARIS
  2. SARAH AQILAH BT AZLAN
  3. ANIS ADHWA BT DOL BASIR
2 AZAM:
  1. MUHAMAD YUNUS
  2. M SYAHIN HATZY
  3. NURUL NABILA RAZAK
3 ARIF:
  1. MUHD FARIS MAT ARHAN
  2. NUR ZAHIN HAZIQAH
  3. MOHD HAFIY AKMAL
3 AZAM:
  1. AINUR ALINA BT KAMAL
  2. NURUL HIDAYAH BT AZMI
  3. ZUHAIRI
Tahniah kepada para pemenang. Hadiah-hadiah akan disampaikan pada majlis penutup Program Kasih Ramadhan anjuran Panitia Agama Islam bersama-sama empat panitia utama Sekolah Kebangsaan Seri Pasir. Ia akan diadakan pada hujung minggu depan, Insya Allah.