Baru-baru ini saya menghadiri kursus penandaan kertas Bahasa Melayu Tahun 6. Salah seorang JU telah mengarahkan peserta kursus supaya mencari kesalahan bahasa dalam contoh kertas soalan karangan yang telah ditulis oleh seorang pelajar (Bahagian B).
Saya terpandang di kertas tersebut satu kesalahan iaitu perkataan MENGENAI. Saya menjelaskan perkataan MENGENAI itu sepatutnya ditukar kepada TENTANG.
Jawapan yang saya terima amat mendukacitakan. Penceramah tersebut tidak mengakui kesalahan tersebut. Setelah diasak oleh peserta-peserta kursus yang lain, beliau masih enggan menerima kesilapan tersebut dan menjelaskan....
"Saya bukan mengajar tatabahasa, saya mengajar anda tentang karangan" Dengan menunjukkan wajah yang masam.
Lebih malang lagi soalan Instrumen Pengesanan Mei 2012 yang dibuat oleh PPD Batu Pahat untuk peperiksaan Bahasa Melayu Mei ini juga mengandungi kesalahan ejaan.
Soalan 1 Bahagian B :
1. Semasa menunggu bas sekolah sampai, kamu dan rakan kamu berbual-bual tentang kebaikan membaca suratkhabar.
Perhatikan kesilapan perkataan surat khabar tersebut. Kesilapan ini amat dikesali kerana ia soalan Bahasa Melayu peringkat daerah. Mungkin ini menyebabkan pelajar-pelajar jadi keliru. Saranan saya, soalan yang hendak dikeluarkan mesti diperiksa oleh beberapa orang guru, dan bukan oleh seorang individu sahaja bagi memastikan soalan tersebut tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
Selain itu, pihak pentadbir sekolah juga mestilah menggunakan tatabahasa yang betul agar tidak menjadi ikutan pelajar-pelajar di sekolah mereka.
Sebagai contoh dalam ucapan pentadbir mana-mana sekolah
" Di pagi ini, saya sungguh........" Sepatutnya "Pada pagi ini......"
" Semua guru-guru................." Sepatutnya "Semua guru......."
Sekian, saya tidak tahu bagaimana untuk memberi teguran ini. Sekian, terima kasih.
Pages
PROMOSI TERKINI-KLIK YA
Thursday, May 24, 2012
Friday, July 1, 2011
KESALAHAN PENGGUNAAN KATA
KATA BILANGAN:
Salah: Empat unsur-unsur
Betul: Empat unsur
Salah: Banyak organisasi-organisasi
Betul: Banyak organisasi
Salah: Banyak langkah-langkah
Betul: Banyak langkah
Salah: Semua tugas-tugas
Betul: Semua tugas
Salah: Semua anggota-anggota
Betul: Semua anggota
Salah: Semua ilmu-ilmu
Batul: Semua ilmu
Salah: Semua aspek-aspek
Betul: Semua aspek
Salah: Kesemua filem-filem
Betul: Kesemua filem
Salah: Segala maklumat-maklumat
Betul: Segala maklumat
Salah: Kebanyakan orang-orang
Betul: Kebanyakan orang
Kesimpulan: Kata bilangan seperti:
- berbagai-bagai/pelbagai
- para
- sebahagian
- segenap
- keseluruhan
- kedua-dua
- beribu-ribu
- berguni-guni
- tiap-tiap
- masing-masing
....perkataan yang mengikutinya tidak perlu digandakan.
Catatan: Bagi perkataan 'masing-masing', perkataan yang mendahuluinya tidak perlu digandakan. Contoh
Peserta pertandingan diminta mengambil tempat masing-masing.
Label:
NOTA TATABAHASA
Subscribe to:
Posts (Atom)